Tomb Raider (permainan video 2013)
Tomb Raider (permainan video 2013)

Tomb Raider (permainan video 2013)

Tomb Raider merupakan sejenis permainan video platform aksi-pengembaraan. Diterbitkan oleh Square Enix, Tomb Raider adalah judul kelima yang dibangunkan oleh Crystal Dynamics di dalam francais Tomb Raider. Sebagai permulaan pertama di dalam kesinambungan Tomb Raider yang baru, permainan ini adalah suatu but semula yang memberi penekanan terhadap asalan yang dibina semula untuk watak utama yang berpengaruh daripada segi budaya, Lara Croft[3][4]. Tomb Raider telah dikeluarkan untuk Playstation 3, Xbox 360 dan Microsoft Windows pada 5 Mac 2013.Selepas keluaran Tomb Raider: Underworld pada tahun 2008, Crystal Dynamics mula membangunkan Tomb Raider tidak lama kemudian. Bukan sekadar sebuah sekuel, pasukan tersebut mengambil keputusan untuk membuat but semula secara keseluruhan kepada siri tersebut, mewujudkan permulaan bagi Lara Croft buat kali kedua, selepas Tomb Raider: Legend. Tomb Raider ini mengambil tempat di Yamatai, segugus pulau di mana Lara Croft harus menyelamatkan sahabat-sahabatnya dan melepaskan diri, sementara diburu oleh kultus jahat. Elemen permainan berfokus lebih kepada survival, walau bagaimana pun penerokaan digunapakai di dalam permainan ketika meneroka pulau dan juga pelbagai makam pilihan. Ini juga merupakan permainan yang pertama untuk mempunyai mod permainan berbilang pemain dan merupakan permainan pertama yang diterbitkan pihak Square-Enix, selepas pengambilalihannya terhadap Eidos Interactive pada 2009. Camillia Luddington telah diumumkan sebagai penyumbang suara dan aksi untuk Lara Croft pada tahun 2010 menggantikan Keeley Hawes.Selepas kelewatan keluaran daripada lewat 2012 hingga Mac 2013, permainan ini telah menerima banyak gembar-gembur dan jangkaan. Tomb Raider telah menerima banyak pujian daripada para pengkritic, yang memuji grafik, corak permainan dan persembahan Camillia Luddington sebagai Lara dengan kebanyakan pengkritik bersetuju bahawa permainan ini adalah mantap dan suatu but semula yang diperlukan untuk francais ini. Banyak kritikan diberi terhadap mod permainan berbilang pemain kerana dirasakan tidak perlu. Tomb Raider telah berjaya dijual sebanyak satu juta unit dalam tempoh empat puluh jam selepas keluarannya, dan sehingga kini berjaya menjual sebanyak 3.4 juta unit di seluruh dunia.